Dapatkan Chahaya Beauty Anda Sekarang!!! Produk Yang Mampu Dimiliki & Hasil Mengagumkan!!!

Wednesday, 29 August 2012

“A Centre of Beauty… Chahaya Beauty...”

Chahaya Beauty bermula dari jualan runcit kecil-kecilan dari Puan Pengasas Hajah Rahmah Che Mat. Chahaya Beauty adalah hasil produk turun-temurun dari Puan Pengasas Hajah Rahmah Che Mat sekeluarga yang bermula dari tahun 1995 sehinggalah sekarang. Pada mulanya, jualan Cuma tertumpu dikalangan keluarga serta saudara-mara yang terdekat sahaja di sekitar Bandar Kota Bharu tetapi setelah diambil alih oleh anak pengasas iaitu Puan Wan Maridana Najib, produk ini makin bertambah ramai pengguna dan permintaannya telah meningkat dari semasa-kesemasa. Puan Wan telah memperluaskan lagi pasaran serta memberi penambahbaikan kepada produk kecantikan ini setelah mendapati produk ini amat berkesan pada kulit pengguna dan ramai yang berpuas-hati dengan hasilnya. Chahaya Beauty telah berjaya menerokai pasaran dengan jualan keseluruh Malaysia, Sabah, Sarawak dan Brunei. Sekarang ini, Chahaya Beauty cuba menerokai pasaran antarabangsa dengan komitmen serta kepercayaan pengguna terhadap Chahaya Beauty yang sesuai untuk kulit wanita asia untuk mengembalikan kejelitaan serta keayuaan semulajadi dan tampil lebih cantik, anggun dan berkeyakinan tinggi. Walaupun Chahaya Beauty sinonim dengan pengguna wanita sahaja tetapi Chahaya Beauty juga sesuai untuk kaum lelaki dan ada pengguna-pengguna Chahaya Beauty dikalangan lelaki.

Puan Wan telah menggunakan Chahaya Beauty selama 13 tahun dan beliau cukup yakin Chahaya Beauty adalah produk kecantikan yang terbaik untuk memberi kepuasan hati pengguna dari segi kecantikan kulit sejati serta servis-servis dari pengedar-pengedar Chahaya Beauty begitu cekap dan eficien.

Pada tahun 2012, Chahaya Beauty sekali lagi mengorak langkah makin maju dengan perkembangan hasi jualan dari set lengkap Chahaya Beauty Aura kepada set lengkap Chahaya Beauty Amaze. Chahaya Beauty akan menambahkan lagi produk-produk kecantikan dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan pengguna yang saban hari makin bertambah ramai. Penambahan produk Chahaya Beauty adalah hasil kerja keras pengedar-pengedar produk Chahaya Beauty yang cekap dalam memberi kerjasama untuk menambahkan lagi pengguna-pengguna Chahaya Beauty.

No comments:

Post a Comment